Thursday, April 7, 2011

Gula tambahan punca Obesiti


GOLONGAN kanak-kanak memerlukan pemakanan untuk tujuan iaitu tenaga, pertumbuhan fizikal yang sempurna dan perkembangan mental.

Justeru, piramid panduan pemakanan menyarankan seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun perlu menikmati lima kumpulan hidangan iaitu bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan protein, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar tepat, seimbang serta dipelbagaikan.

Bagaimanapun, Perunding Pakar Diet, Indra Balaratnam berkata, trend pemakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan golongan kecil itu semakin bertambah iaitu 5.4 peratus daripada kira-kira 21,249 orang kanak-kanak yang direkodkan.

Masalah itu, katanya, berpunca daripada amalan pemakanan kanak-kanak yang lebih gemar sajian mengandungi kadar gula dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar-agar, mufin, burger, coklat, roti krim, gula-gula, bijirin sarapan, biskut serta minuman berkarbonat.

Jelasnya, seseorang kanak-kanak sepatutnya diberi lebih banyak hidangan mengandungi sumber gula semulajadi yang turut dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa seperti susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Namun, kebanyakan ibu bapa di negara ini dilihat membiarkan anak-anak menikmati hidangan mengandungi gula tambahan atau turut dikenali Sirap Jagung Solid, Sukrosa dan Sirap Glukosa Solid dalam kadar tinggi.

"Keadaan negatif ini bukan sahaja mengakibatkan anak-anak mengalami obesiti tetapi juga gigi rosak, kekurangan nutrien dan lebih teruk, penyakit kencing manis.

"Setiap hari kanak-kanak hanya memerlukan lima hingga enam sudu teh gula manakala dewasa, tidak melebihi 10 sudu teh gula.

"Namun kebanyakan individu bagi kedua-dua golongan itu didapati mengambil sehingga 24 sudu teh gula," kata Indra.


Menurut Indra, bagi mengatasi dan membendung obesiti kanak-kanak, ibu bapa adalah golongan utama yang perlu memainkan peranan mengawal dan menentukan jenis hidangan dinikmati anak-anak

Katanya, ibu bapa harus mempunyai maklumat mendalam bagi membantu mereka mengetahui sajian terbaik untuk anak-anak.

Pada masa sama ibu bapa sendiri perlu menikmati atau menyediakan hidangan berkhasiat di rumah supaya ia turut dimakan anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu menerangkan secara terperinci kepada anak-anak mengapa sesuatu makanan itu perlu atau tidak perlu dimakan.

Miera Liyana no.1 dalam GOOGLE search!

semalam aku ada terbaca surat kabar... xsangka artis Malaysia yang paling TOP sekarang ialah Miera Liyana. biasa larh..hidup untuk menyeksi... pe kejadahnya nak tunjuk bentuk badan sesangat... cantik tue dah sememangnya...law boys tue,sure terpikat punya...mengarut2... kiamat sudah dekat.... banyak2lah bertaubat... amiN... jom usha Pic yang aku Cari lam GooGLe nieh.!






cumey2 belaka pic nieh,,, jum melayan!

Taylot Swift menang anugerah Grammy!




Taylor Swift membuat hit solo bernyanyi tentang cinta dan patah hati, tetapi pemenang anugerah Grammy mungkin perlu membuat lagu tentang janji temu dengan seorang pemuzik.

Dia dilaporkan pergi janji temu dengan seorang penyanyi negaranya Garrett Hedlund minggu lalu, yang kemasyhuran tumbuh dari peranannya dalam Negara Kuat, bermain berlawanan dari Gwyneth Paltrow. Dia juga muncul dalam filem aksi, Tron: Legacy.

Taylor Swift bukanlah pendatang baru untuk temu janji di Hollywood saat ia mempunyai hubungan dengan Jake Gyllenhaal awal tahun lalu, tetapi dia membuat sesuatu dengan Hedlund secara perlahan. Kedua-dua rupanya bercakap melalui e-mel selama beberapa minggu, dan akhirnya memutuskan untuk keluar di Nashville di mana dia merakam album yang akan datang. Perhubungan mereka atas muzik negara dan perhotelanselatan mungkin menyebabkan Country Music Awards 'Entertainer of the Year untukmengambil dia masuk dalam kad kelab solonya untuk sementara waktu.

Koleksi Pendrive!

Sekarang dunia nie dah makin maju kan? banyak perubahan yang menjana idea kreatif masyarakat di dunia nie... aku rasa tertarik dengan koleksi pendrive nie... boleh menjaga inovasi dalam pembentukan manusia...  dengan hanya melihat, begitu cantik pabila dipandang... nie aku nak sertakan gambar la skit yea.. sory la tuk PakSu Google sebab curi gambar skit dalam emel kamu... long time no see...hahaha.. sekarang dah maju...harga pOn dah murah tuk pendrive nie... xkisah la 1G,2G, 4G, 8G...bla.... bergig2 la... asalkan dapat digunakan sudah... ringan la skit daripada hardisk...ngeeh~~ jom ushar kit~~







Wednesday, April 6, 2011

Kencing BerSepah?

****** JAYA: Perbuatan vandalisme segelintir penghuni pangsapuri di ****** Mewah, dekat sini, menconteng dinding bangunan itu menyakitkan mata memandang.
Rata-rata penduduk mendakwa berasa kecewa dan kesal apabila terpaksa berhadapan dengan perkara itu setiap kali melalui kawasan tangga pangsapuri terbabit.

Tinjauan ***plus mendapati terdapat beberapa contengan di dinding pangsapuri terbabit dengan perkataan memalukan dan tidak sopan. Selain itu, bau hancing dan memualkan yang dapat dihidu dipercayai berpunca tindakan kanak-kanak membuang air kecil di situ turut memalukan penduduk yang kebanyakannya beragama Islam.

Tinjauan juga mendapati tiada sebarang inisiatif daripada pihak penduduk untuk membersihkan kawasan terbabit apabila diberitahu masalah bau, kotor dan vandalisme di pangsapuri berkenaan yang berlarutan sejak lebih setahun.

Penduduk, Muhammad Haniff Shahrudin, 24, mendakwa bau hancing terbabit datangnya dari sikap ibu bapa yang tidak kisah sekiranya anak-anak mereka membuang air kecil di serata tempat.

“Nak kata kucing kencing, kita sendiri boleh bezakan bau kencing binatang dan manusia. Bukan hendak menuduh tapi saya sendiri pernah lihat seorang anak jiran kencing di bilik sampah ini,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...