****** JAYA: Perbuatan vandalisme segelintir penghuni pangsapuri di ****** Mewah, dekat sini, menconteng dinding bangunan itu menyakitkan mata memandang.
Rata-rata penduduk mendakwa berasa kecewa dan kesal apabila terpaksa berhadapan dengan perkara itu setiap kali melalui kawasan tangga pangsapuri terbabit.
Tinjauan ***plus mendapati terdapat beberapa contengan di dinding pangsapuri terbabit dengan perkataan memalukan dan tidak sopan. Selain itu, bau hancing dan memualkan yang dapat dihidu dipercayai berpunca tindakan kanak-kanak membuang air kecil di situ turut memalukan penduduk yang kebanyakannya beragama Islam.
Tinjauan juga mendapati tiada sebarang inisiatif daripada pihak penduduk untuk membersihkan kawasan terbabit apabila diberitahu masalah bau, kotor dan vandalisme di pangsapuri berkenaan yang berlarutan sejak lebih setahun.
Penduduk, Muhammad Haniff Shahrudin, 24, mendakwa bau hancing terbabit datangnya dari sikap ibu bapa yang tidak kisah sekiranya anak-anak mereka membuang air kecil di serata tempat.
“Nak kata kucing kencing, kita sendiri boleh bezakan bau kencing binatang dan manusia. Bukan hendak menuduh tapi saya sendiri pernah lihat seorang anak jiran kencing di bilik sampah ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment